PEMAHAMAN

Pilih jawapan yang betul setiap soalan.

Baca dan fahami

Soalan 1 hingga 5.
Baca dan fahami ucapan di bawah ini.

LAWATAN KE PUSAT KANAK-KANAK ISTIMEWA

------Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis,yang berusaha guru-guru penasihat Persatuan Bahasa Melayu,dan murid-murid sekalian.
------Tujuan perjumpaan ini diadakan adalah untuk memaklumkan bahawa permohonan kita telah pun diluluskan oleh Guru Basar.Oleh itu, lawatan sambil belajar ke Pusat Kanak-kanak Istimewa Bukit Besar (PKIBB) Kuala Terengganu, Terengganu akan diadakan pada 20 April 2009.Seramai 40 orang murid dan empat orang guru pengiring akan menyertai lawatan ini.
------Sehubungan dengan itu, kita akan mengadakan kutipan derma di kalangan murid-murid sekolah kita.Kutipan derma dari kelas ke kelas ini akan dibuat pada hari Isnin depan.Beberapa orang ahli jawatankuasa persatuan dilantik untuk menjalankan tugas ini.Wang yang diperolehi akan disumbangkan ke PKIBB.Mudah-mudahan wang tersebut dapat membantu penghuni pusat itu.
------Saya percaya bahawa lawatan ini dapat memberi manfaat yang besar kepada para peserta. Kita berkesempatan mendekati golongan orang kurang upaya (OKU). Selain itu, lawatan ini dapat memberi kesedaran kepada para peserta supaya menghargai golongan OKU.Hal ini bertepatan dengan seruan kerajaan yang ingin melahirkan masyarakat penyayang di negara kita.
------Saya berharap agar para peserta dapat menjaga nama baik sekolah kita semasa berada di sana.Sekian,terima kasih.


Soalan 6 hingga 9
Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.



Soalan 10 hingga 14
Baca dan fahami laporan berikut.

Laporan Program Sehari Bersama Setem

setem.jpg
------Pada 20 Mac 2009,Kelab Hobi mengadakan program "Sehari Bersama Setem".Tujuan utama program ini adalah untuk menambah pengetahuan warga sekolah tentang keistimewaan setem.Selain itu,program ini diharap dapat memberi kesedaran tentang faedah mengumpul setem.
------Program "Sehari Bersama Setem" berlangsung pada pukul 9.30 pagi hingga 5.00 petang.Program ini dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah,iaitu Encik Harun bin Ahmad.Yang turut hadir dalam program ini ialah Guru Besar,guru-guru dan murid-murid.
------Dalam program ini,pameran setem diadakan.Setem yang pelbagai rupa dan warna dipamerkan di dewan pameran.Bahan pameran yang berkaitan dengan sejarah dan fungsi setem turut ditampal.Selain itu,hobi mengumpul sampul surat hari pertama turut diperkenalkan kepada warga sekolah.
------Menerusi pameran ini ,warga sekoloh mendapat pelbagai maklumat tentang setem. Misalnya mereka dapat mengetahui sejarah penggunaan setem di negara kita.Setem yang mula-mula digunakan di Malaysia ialah setem berwajah Ratu Victoria, iaitu Raja England.Kemudian, setem yang digunakan bewajar Raja Edward pula.Seterusnya, negeri-negeri yang beraja seperti Johor, Selangor,dan Pahang mengeluarkan setem yang memaparkan wajah raja negeri itu.
------Keseluruhannya, program ini berjaya mencapai matlamatnya. Program ini telah menambah pengetahuan warga sekolah tentang setem.Program ini turut membuka peluang kepada para pengumpul setem untuk saling bertukar setem.
Disediakan oleh, ---------------------------------------------------------------------------------------- 25 Mac 2009.


..........................................
(IMAN NURAINA ROSLAN)
Setiausaha Kelab Hobi
Sk Tanah Merah.