PEMAHAMAN

Pilih jawapan yang betul setiap soalan.

Baca dan fahami

Soalan 1 hingga 5.
Baca dan fahami cerita di bawah ini.

SEMURNI KASIH UMI

------"Kamu menangis? Kamu masih sakit?" tanya Mee Lin.Atirah terkejut apabila melihat Mee Lin tiba-tiba saja berdiri di tepi katilnya.tumblr_kqvmyqoe3h1qzk350.jpg
"Mengapa kamu menangis?" Mee Lin tanya lagi.Atirah tidak menjawab.Hanya esaknya saja yang kedengaran.
Mee Lin membiarkan Atirah melepaskan rasa sedihnya.Tidak lama kemudian,Atirah bersuara.
------"Tentu kamu masih ingat akan Umi, ibu tiri saya.Tidak pernah saya menganggapnya sebagai pengganti arwah ibu saya.Bagi saya,arwah ibu saya tiada penggantinya."Atirah meluahkan isi hatinya.Mee Lin memasang telinga dengan penuh minat.
------"Sejak menjadi ibu tiri, macam-macam saya buat untuk menyakiti hati Umi.Umi tetap bersabar.Umi amat menyayangi saya dan tidak pernah jemu mengambil hati saya. tidak pernah sekali pun dia mengadukan perangai buruk saya kepada ayah,"cerita Atirah lagi.
------Namun, penyakit yang menimpa saya baru-baru ini telah menyedarkan saya.Selama dua minggu saya sakit, Umi menjaga saya bagai menatang minyak yang penuh. Umi sanggup mengambil cuti dan bersengkang mata untuk menjaga saya di hospital.Saya benar-benar kesal. Saya malu mengenangkan sikap buruk saya terhadap Umi selama ini." kata Atirah dengan sedih.
------"Atirah, baguslah kalau kamu sudah sedar. Kamu patut bersyukur kerana mendapat pengganti ibu sebaik umi.Hormat dan hargailah jasanya,"pujuk Mee Lin sambil mengesat air mata Atirah.
Atirah tersenyum sambil mengangguk.


Soalan 6 hingga 8
Pilih simpulan bahasa yang betul.